zwani.com myspace graphic comments
Graphics for Islam

Saturday 21 December 2013

KIAMAT


Bacalah mesti seronok KIAMAT menurut Agama Islam di tandai dgn: - Kemunculan Imam Mahdi - Kemunculan Dajjal - Turunnya Nabi Isa (AS) - Kemunculan Yakjuj dan Makjuj - Terbitnya matahari dari Barat ke Timur - Pintu pengampunan akan ditutup - Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya - Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya - Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerosakan - Pemusnahan/runtuhnya Kabah - Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap - Sangkakala akan ditiup pertama kalinya membuat semua makhluk hidup merasa bimbang dan ketakutan - Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membuat semua makhluk hidup mati dan yg ketiga yang membuat setiap makhluk hidup bangkit kembali Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda: "Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak" Kita boleh kirim ribuan bbm mesra, promote, bc yang terlalu penting tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berpikir 2x. Allah berfirman : "jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari syurgaKu" Itulah yg dimaksud dajjal yg bermata satu:ertinya hanya mmikirkan duniawi drpda akhirat. Kerugian meninggalkn solat: Subuh: Cahaya wajah akan pudar. Zuhur: Berkat pendapatan akan hilang. Asar: Kesihatan mulai terganggu. Maghrib: Pertolongan anak akan jauh di akhirat nanti. Isya': Kedamaian dlm tidur sukar didapatkan. Sebarkan dgn ikhlas. tiada paksaan dalam agama Niatkan ibadah(sebarkan ilmu walau 1 ayat) Nasihat Kubur: 1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah .. aku dengan TAHAJUD 2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHMI. .. 3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN. 4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH, 5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT 6). Aku adalah tempat utk merendammu dg cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA.. 7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH" Kirim ini semampumu dan seikhlasmu kepada sesama Muslim, sampaikanlah walau hanya pada 1 org.. Karena, saat kamu membawa Al-Qur'an, setan biasa2 saja. Saat kamu membukanya, syaitan mulai curiga. Saat kamu membacanya, ia gelisah. Saat kamu mmahaminya, ia kejang2. Saat kamu mengamalkan Al-Qur'an dlm kehidupan shari-hari, ia stroke. Trus n trus baca & amalkan agar syaitan stroke semuanya juga jantungnya dan mati. Ketika anda ingin menyebarkan .. ini, lagi2 syaitan pun mencegahnya. Syaitan berbisik; "SUdahlaaaaaah tak payah di SEBARKAN, tak penting pown, BUANG MASA saja, tak mungkin akan di baca "... Sekecil apapun amal ibadah, Allah SWT menghargainya puluhan kali ganda .. Ø Ada 3 Hal dlm hidup yg tidak boleh kembali : 1. Waktu 2. Kata-kata 3. Kesempatan

Tuesday 17 December 2013

AISKRIM
 Aiskrim semua orang gemar memakan tak kira yang kecil atau yang dewasa, apabila makan dalam musim panas rasa dia lebih sedap kerana aiskrim boleh mengurangkan haba dalam badan dan membuat kan kamu lupa pada kepanasan. Betul tak, kalau dah cuba baru tahu, sesetengah orang tidak gemar memakan aiskrim kerana, boleh merosakkan gigi, Betul kalau anda ambil secara berlebihan.. ( Kebaikan dan keburukan aiskrim )

 KEBAIKAN AISKRIM

  1. Aiskrim dapat memperkukuhkan gigi kanak-kanak apabila dimamah oleh mereka.. 
  2. Aiskrim juga boleh mengembalikan sifat pelupa yang keterlaluan.. 
  3. Aiskrim juga boleh mengembalikan insomnia disebabkan zat didalam aiskrim.. 


KEBURUKAN AISKRIM

  1. Aiskrim, sekiranya ambil secara berlebiha, tidak baik untuk gigi kanak-kanak atau orang dewasa.. 
  2. Aiskrim, tidak baik bila dimakan semasa musim sejuk kerana mudah dijangkiti demam atau selesema..
  3. Aiskrim, mengandungi kandungan gula yang terlalu tinggi boleh membahayakan kesihatan.. 


SEDAP TAK MAKANAN KALI INI ( MEET AGAIN WITH FOOD THAT MORE GOOD )

Monday 16 December 2013

TIPS BELAJAR & MENGHADAPI PEPERIKSAAN 

Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang betul akan lebih mudah mencapai kejayaan berbanding dengan pelajar yang belajar tanpa mengikut tatacara yang bersistem. Berikut ini disenaraikan dua puluh kaedah belajar yang berkesan untuk membantu pelajar berhadapan dunia peperiksaan.

Pertama – Tidak mensia-siakan biar pun seminit 
Seorang pelajar yang cemerlang menggunakan masa yang teruang, masa pertukaran kelas, masa menunggu kereta sewa, masa sebelum hidangan makanan. Mereka boleh membaca satu atau dua soalan objektif atau ulangkaji pelajaran yang telah mereka baca.

Kedua – Membawa buku ke mana sahaja mereka pergi 
Amalkan sikap membawa buku setiap ketika. Sikap ini bukan bermaksud kita mesti membaca buku tersebut. Kemungkinan diri anda tidak membaca apa-apa , tetapi ia memupuk jiwa bersungguh-sungguh dengan kewajipan terhadap pelajaran. Sikap ini membolehkan anda menyemai budaya belajar yang positif dan sikap bertanggungjawab terhadap pelajaran.

Ketiga – Gunakan masa awal pagi
Gunakan sepenuhnya masa awal pagi untuk mengulangkaji pelajaran yang anda lemah. Pupukan semangat belajar pada awal pagi biar pun anda tidak terasa mahu membaca. Usaha ini akan menyemai semangat yang kental terhadap pelajaran dan membolehkan anda mulakan hari tersebut dengan azam untuk berjaya.

Keempat – Buat nota ringkas
Pelajar yang cemerlang sentiasa membuat nota ringkas. Nota tersebut adalah untuk membolehkan anda merujuk kembali apa yang telah anda baca. Ia tidak menjamin ingatan anda tetapi ia meningkatkan kuasa ingatan anda. Dengan adanya nota ringkas, ulangkaji sehari sebelum peperiksaan menjadi lebih mudah.

 Kelima – Mengikut jadual sepenuhnya
 Aturkan masa untuk setiap aktiviti yang anda hendak lakukan pada hari tersebut. Patuhi jadual belajar anda tanpa syarat. Jangan ikut perasaan. Biar pun anda tidak suka belajar pada sesuatu masa, buka sahaj buku dan membacanya. Jika anda mempunyai disiplin yang kuat terhadap hidup, anda tidak akan lalai terhadap tanggung-jawab belajar. Pastikan anda peruntukkan masa untuk setiap mata pelajaran pada setiap hari jika anda mahu mencapai kegemilangan dalam semua mata pelajaran.

Keenam – Mencuba soalan tahun lalu 
Pelajar cemerlang memperuntukkan masa untuk menjawa contoh soalan setiap hari. Ini akan membiasakan dirinya dengan corak soalan yang sering keluar dalam peperiksaan dan bagaimana menjawabnya. Pelajar yang hanya begitu kepada buku teks tidak akan lulus dengan cemerlang kerana mereka tidak biasa dengan corak soalan peperiksaan.

Ketujuh – Ulang sebanyak kali yang boleh
 Setiap fakta yang dibaca akan terus diulang sebanyak yang mampu. Tidak ada had ulangan yang akn dilakukan, Selagi ada masa, anda boleh mengulangi apa yang telah dibaca biar pun anda sudah faham atau sudah mengingatinya. Semakin banyak anda membaca, semakin tinggi keyakinan diri anda untuk lulus dengan cemerlang.

Kelapan – Sentiasa bertanya kalau tidak faham 
Dekatkan diri dengan guru dan guna setiap kesempatan yang ada untuk menjawab kemusykilan anda. Biar pun anda sudah faham , anda masih boleh menanya. Ini akan menguatkan kefahaman dan ingatan anda. Anggapkan guru anda, kakak atau abang anda, kawan-kawan anda sebagai orang yang boleh membantu anda dalam hal ini.

 Kesembilan : Berikan penumpuan pada pelajaran yang lemah 
Jika anda lemah dalam bahasa Inggeris atau matematik, peruntukkan masa yang lebih untuk ulangkaji. Elakkan memilih mata pelajaran yang disukai dan abaikan mata pelajaran yang anda kurang suka. Buat tanda pada bahagian yang anda rasa perlu penumpuan lebih. Gunakan simbol dan lorekkan bahagian yang anda anggap penting. Jangan jadikan tidak faham, tidak ingat atau tidak pandai sebagai alasan untuk berhenti ulangkaji.

Ke sepuluh : Mengunjungi perpustakaan 
Rapatkan dengan kawan yang mahu belajar. Perhatikan bagaimana mereka belajar dan semarakkan jiwa yang kuat seperti mereka. Tukar pendapat antara satu sama lain. Berikan penemuan dan berkongsi soalan yang anda buat dengan mereka. Ini akan mengaktifan suasana tolong menolong dalam haluan memajukan pelajaran masing-masing.

 Ke sebelas : Menjadi model dalam rumah 
Jadikan diri anda sebagai contoh kepada adik-adik lain. Beritahu mereka “Jangan membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak menyumbang kepada masa depan.” Semakin anda memberi galakan untuk mereka , semakin tinggi semangat anda untuk menjadi contoh kepada mereka. Apa yang anda serukan akan menjadi panduan dalam hidup anda sendiri.

Ke duabelas : Imbangkan masa kokorikulum dan akademik
 Jika anda berada dalam tahun peperiksaan , jangan terlalu menumpukan perhatian pada kokorikulum kerana ini akan melalaikan diri dalam bidang akademik. Jika anda mahu berjaya dalam akademik, anda perlu mempunyai masa ulangkaji yang cukup di rumah. Masa ulangkaji untuk SPM ialah dalam lingkungan 5 jam ke 6 jam sehari. Jika masa minima tersebut tidak dipenuhi, anda mungkin perlu berjaga malam atau bangun pagi.

Ke tigabelas : Belajar mengikut rentak sendiri
 Jangan membandingkan diri dengan pelajar yang mantap dalam prestasi peperiksaan. Anda perlu mebgenal rentak sendiri dan pastikan anda mematuhi rentak tersebut. Jika anda seorang pelupa, pastikan anda mengatur masa ulangkaji kedua atau ketiga pada minggu-minggu yang akan datang. Jika anda perlukan bimbingan tambahan , dapatkan tuisyen.

 Ke empatbelas : Persiapan minda sebelum ulangkaji
 Lelapkan mata untuk beberapa minit dan wawasankan hidup anda kelak. Apa yang anda hendak capai. Apakah corak hidup yang anda hajatkan. Apakah yang hendak anda berikan kepada ahli keluarga serta ibu bapa anda sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Adakah anda berhajat hendak mengharumkan nama keluarga dan negara anda ? Apakah kejayaan peringkat remaja yang membanggakan diri anda dan keluarga anda? Bila anda membaca buku, kaitkan dengan hidup anda. Anda bukan sekadar mahu lulus cemerlang dalam peperiksaan , anda mahukan hidup yang baik dan berkualiti.

Ke limabelas : Elakkan gangguan emosi 
Semua perkara yang merunsingkan dan mengganggu konsentrasi waktu belajar perlu diketepikan. Beritahu diri anda , “saya tidak relakan masa depan saya tergadai oleh okr yang remeh-temeh ini.” Sebaik pemikiran atau perasaan negatif timbul, tuliskan pada kertas . Layankan semua gangguan ini selepas peperiksaan. Anda boleh gunakan musik latar yang lembut untuk menjadikan suasana belajar lebih menyelerakan (jika sesuai).

 Ke enambelas : Rancangkan jadual ulangkaji setahun
Tetapkan ulangkaji anda sehingga bulan September. Sebulan sebelum peperiksaan , anda perlu siap ulangkaji. Pastikan setiap mukasurat dibaca, dan setiap soalan dijawab. Ini boleh dilakukan dengan membahagikan bilangan mukasurat buku dengan bilangan hari yang ada. Jika anda gagal mengulangkaji mukasurat berkenaan pada hari yang ditetapkanm pangkahkan dengan besar menggunakan pensil. Pastikan anda membaca mukasurat ini sebelum peperiksaan tiba. Tapi, sebelum anda membaca mukasurat yang terhutang, pastikan anda telah siap ulangkaji mukasurat yang ditetapkan untuk hari tersebut.

Ke tujuhbelas : Belajar menyesuaikan diri dengan semua keadaan
Biar pun rumah anda bising, panas atau kurang selesa; ia tidak menjadi penghalang untuk anda mengulangkaji. Kadang-kadang , kita perlu belajar menyesuikan diri dengan kekurangan yang ada. Semakin mencabar keadaan anda , semakin besar ujian ketahanan diri anda. Beritahu diri anda , “biar apa yang berlaku, saya tetap dapat menjalankan tugas saya kerana saya seorang yang tahan lasak.”
Kelapan beLas : Berhati-hati dengan kawan yang tidak sehaluan dengan anda Jika anda mahu belajar tetapi rakan-rakan anda tidak suka belajar. Mereka cuba mempengaruhi anda dengan seribu satu jenis kegiatan yang hanya membuangkan masa anda. Berani berkata “tidak” dan menolak mereka dengan lembut. Jangan sekali-kali menjadi mangsa kepada mereka kononnya anda tidak mahu melukakan hati mereka. Jika anda mengikut rentak mereka, anda akan melukakan masa depan sendiri.

Kesembilan belas : Terus belajar biar pun tidak menampakkan kemajuan
Jangan mengukur prestasi anda kerana tidak menampakkan kemajuan yang nyata dalam keputusan peperiksaan sekolah. Setelah berbulan-bulan anda bertungkus-lumus, anda mungkin mahu kemajuan dalam keputusan sekolah. Sebenarnya, penilaian sekolah tidak menggambarkan anda pasti akan lulus atau gagal dalam peperiksaan akhir tahun. Teruskan usaha dan jangan berhenti.

 Kesimpulan Belajar adalah suatu seni. Jika anda tahu menguasai seni tersebut , anda boleh berjaya biar pun diri anda mempunyai beberapa kekurangan. Semoga lembaran ini menguatkan ikhtizam anda untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam pelajaran.

PERINGATAN UNTUK SEMUA


Salji turun kat mesir? Mesir dilimpahi dengan salji?
Hadis Abu Hurairah : Tidak akan berlaku kiamat sehinggakan tanah Arab menjadi subur dan dialiri dengan sungai2 . Bila dah salji nanti ice akan cair. bila cair berlakunya sungai , dan sungai tu lah tanda kiamat SUBHANALLAH... it's near to the end of the world, Ya Allah , kau berikanlah kami masa untuk bertaubat kepadamu ya Allah . Aamiin .
PERINGATAN !!
Sebahagian dari hari kiamat !!

• Ayat Al quran akan hilang

• Kaabah akan menjadi timbunan tanah

• Sangka kala akan ditiup 2kali

• Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda : " barang siapa yang mengingatkan ini kepada orang lain , akan ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak"

 *sama2 kita tingkatkan amal ibadat sebagai bekalan untk akhirt sblum terlmbat. Allahu Akbar!!

Sunday 15 December 2013

 Kenali Ciri-Ciri Cream Pemutih Wajah Berbahaya


Wanita selalu ingin tampil cantik, apatah lagi dengan kulit yang putih, semakin sempurna kecantikan seorang wanita. Sayang disayang, keinginan untuk tampil cantik seringkali membahayakan kesihatan. Salah satu penyebabnya, kandungan merkuri dalam krim pemutih wajah. Padahal merkuri tidak boleh diaplikasikan pada manusia. Tetapi produser nakal secara diam-diam memproduksi ribuan bahkan jutaan jar krim pemutih berbahaya di Indonesia.

Dalam artikel Bahaya Produk Pemutih Wajah Yang Mengandung Merkuri, sudah kami war-warkan tentang bahaya pemakaian merkuri, mulai dari kerosakan permanen lapisan kulit, kerosakan sistem saraf, gagal ginjal, kerosakan otak hingga pelbagai kanser. oleh itu, pastikan Anda mengenali ciri-kiri kosmetik berbahaya yang mengandung merkuri. Inilah di antaranya:

Tidak Ada kebenaran BPOM atau Lembaga Kesihatan
Krim-krim pemutih berbahaya sudah pasti tidak masuk dalam daftar BPOM Indonesia. Hati-hati jika ada krim yang mencantumkan nombor pendaftaran atau apapun, cek kebenarannya diSitus Resmi BPOM.

Warna Krim Mengkilap
Warna dalam krim abal-abal yang biasanya dimasukkan dalam wadah jar memiliki warna yang menyolok. Seringkali pewarna yang digunakan adalah pewarna berbahaya. Curigai krim yang berwarna kuning atau putih mengkilap seperti mutiara.

Tidak Tercampur Rata dan melengkit 
Krim pemutih abal-abal biasanya melengkit kerana dicampurkan dengan bedak. Selain itu, krim terasa kasar saat dipakai. Beberapa krim pemutih berbahaya kadang terpisah, ada bahagian yang berminyak atau padat dalam satu kemasan.

Bau Menyengat
hidu aroma krim Anda, jika Anda menghidu aroma logam, sebaiknya buang. Produser biasanya menyamarkan aroma ini dengan memberi parfum yang aromanya tajam.

Panas dan Perih Saat Dipakai 
Kosmetik seringkali menimbulkan reaksi setelah dipakai. Pada kosmetik yang mengandung bahan berbahaya, kulit akan terasa panas, perih, merah atau gatal. Penjual biasanya berkilah itu adalah reaksi biasa, tetapi ini adalah bukti bahawa kosmetik tersebut mengandung bahan keras yang tidak sesuai untuk kulit.

Kulit Merah Saat Kena Matahari
Kulit memiliki perlindungan alami, sehingga dia tidak akan merah meskipun Anda berdiri di bawah matahari yang terik. Tetapi bila kulit mulai memerah jika terkena matahari, maka kemungkinan ada lapisan kulit telah rosak.

Kulit Putih Pucat dan Tidak Alami 
Krim pemutih yang selesa akan memberikan hasil putih cerah atau putih normal seperti kulit Anda yang jarang terkena sinar matahari. Krim pemutih berbahaya biasanya memberi hasil putih yang sangat putih seperti kertas HVS, pucat, bahkan keabu-abuan.

Hasil Sangat Cepat
 Ladies, Anda justru harus waspada pada krim pemutih yang memberi hasil cepat. Jika kulit lebih putih dalam waktu hitungan hari atau minggu, itu adalah efek berbahaya merkuri atau hidrokuinon. Apalagi jika kulit tampak halus, bebas jerawat dan pori-pori mengecil. Awalnya memang bagus, tetapi lapisan kulit Anda akan rosak dan menimbulkan masalah kesihatan.

Ketergantungan
Jika pemakaian krim pemutih dihentikan, wajah akan tampak gelap, sehingga muncul ketergantungan untuk terus memakai krim berbahaya tersebut. Semakin lama dipakai, racun semakin menumpuk dalam tubuh dan jaringan kulit pada akhirnya akan semakin rosak.

Itulah beberapa ciri krim pemutih berbahaya. Jangan mudah tergiur dengan krim pemutih yang hasilnya menakjubkan, .Rajinlah mencari info tentang kosmetik berbahaya. Sayangi kecantikan Anda, dan yang lebih penting lagi, sayangi kesihatan Anda. Be smart, ladies!

Wednesday 11 December 2013

Kek Batik Biskut Marie


Bismillahirrahmanirrahim..
 As Salam,
kali ini sazlin nak kongsi resipi Kek Batik Biskut Marie. Tentu kalian pernah buat dan pernah makan kan. Yang sazlin tahu ada berbagai cara dan kaedah untuk membuat kek batik ni. Ada yang letak gula dan air. Ada juga yang menggunakan sedikit saja bahan seperti telur dan mentega daripada resipi bunda ni. Ada yang langsung tak guna telur. Tapi inilah yang selalu sazlin buat..


Bahan2 nya: 
 1) Sebungkus biskut marie biasa. 
 2) Sebuku mentega. 
 3) 1 tin susu pekat manis. 
 4) 4 biji telur gred A. 
 5) 3 sudu besar serbuk koko.. (bunda guna koko van houten) 
 6) 4 sudu besar milo.


Cara2 nya: 
 Pukul mentega sampai kembang kemudian masukkan susu pekat dan dikacau sebati. Selepas itu masukkan telur sebiji demi sebiji dan di kacau rata. Masuk pula serbuk koko dan milo, dikacau lagi.


Letakkan adunan tadi diatas api yang sederhana sambil dikacau selalu supaya tidak melekat dan hangus.

Setelah adunan pekat sedikit, cepat-cepat masukkan biskut marie yang sudah siap dipatah-patah kedalam adunan tadi.

Kacau kaupkan biskut dan adunan telur tadi hingga bersatu dan tutup api. Siap dimasak.

Kemudian cepat-cepat tuangkan kedalam loyang dan ratakan, tekan-tekan supaya mampat.



Setelah sejuk bolehlah dimasukkan ke dalam peti sejuk. Setelah betul-betul keras bolehlah dipotong-potong. Lihatlah hasilnya seperti dalam gambar paling atas.

Tuesday 10 December 2013

Kisah Teladan : Pensil Dan Pemadam

Pensil & Pemadam

Kisah Teladan : Pensil Dan Pemadam | Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger kepada semua pembaca yang budiman. Hari ini Sazlin nak kongsikan Kisah Pensil Dan Pemadam untuk renungan semua. 

 Kisah ini boleh digambarkan dengan sifat kesetiaan seorang sahabat dan juga pengorbanan yang dilakukan demi persahabatan mereka. Seorang sahabat yang sejati sanggup lakukan apa sahaja demi melihat sahabatnya gembira dan tidak bersedih. Begitu juga dengan ibu bapa kita. Kisah ini juga boleh diibaratkan sebagai kisah seorang anak dengan ibu dan ayahnya. 

Jom kita ikuti kisah di bawah =)

Pensil : “Maafkan saya pemadam…”

Pemadam : “Maaf untuk apa Pensil?? Kamu tidak melakukan apa-apa kesalahan apapun kepadaku…”

Pensil : “Saya minta maaf kerana saya selalu membuat kamu terluka. Setiap kali saya melakukan kesalahan, kamu selalu berada disana untuk membetulkan kesilapanku itu. Namun setiap kali kamu memadam kesilapanku itu,, kamu kehilangan sebahagian dari dirimu. Kamu akan menjadi semakin kecil..

Pemadam : “Perkara itu memang benar…Namun sedikit pun saya tidak kisah. Saya sememangnya tercipta untuk melakukan tugas ini. Diriku tercipta untuk membantumu pada bila-bila masa kamu melakukan kesilapan. Walaupun saya tahu, suatu hari nanti , saya akan pergi dan kamu akan mengganti diriku dengan yang baru, namun saya bahagia dan gembira dengan perananku ini. Kamu jangan risau kerana saya tidak suka melihat dirimu bersedih. Saya berharap kamu akan terus berjuang dan tidak melupakan diriku ini”

eraser n pencil 1 Kisah Teladan : Pensil Dan Pemadam

Pensil diibaratkan seperti kamu yang melakukan kesilapan, manakala pemadam pula diibaratkan seperti ibubapa yang sentiasa ada untukmu. Kesilapan adalah sebuah langkah untukmu melakukan pembaharuan, dan ibu bapa adalah individu yang akan sentiasa ada, memberi dorongan dan nasihat setiap kali kamu melakukan kesilapan. Hargailah mereka selagi masih ada masa. Sahabat juga begitu..Sahabat umpama pemadam yang rela jika dirinya terhapus dek kerana tidak mahu melihat si pensil berterusan bermuram durja dan berada dalam keadaan sedih. Demi melihat si pensil gembira pemadam rela dirinya hilang sedikit demi sedikit. Itulah tandanya pengorbanan seorang sahabat sejati..

NOTA SAZLIN : “Sahabat sejati sukar dicari..Apabila kamu sudah temuinya hargailah dia semasa kehadirannya dalam hidup kita.Jangan menyesal jika dia berpaling daripadamu kerana sikap keegoanmu itu..” Renungan dan muhasabah diri kita semula.